Grand Lexis, PD (part two)


"Happy Working!"

Itu lah selalu pagi pagi after briefing akan disebut. Mana tak semangat bekerja. Haha ada lima department yang aku masuk ; housekeeping, food and beverage, sport and recreation, and kitchen. Tiap tiap department cabarannya lain lain.

Macam housekeeping, walaupun bekerja dengan orang asing tak timbul pun rasa takut sebab dorang friendly sangat! Tambah tambah yang bertudung macam aku lagi dorang hormat. Alhamdulillah tempoh aku bekerja kat housekeeping tiada perkara yang tak diingini berlaku. Glad to met them, no wonder org kata orang asing lagi rajin dari pekerja tempatan. Indeed!

Food and beverage, cabaran dia pulak berbeza kau kena layan guest kau bagi tempat duduk, layan permintaan guest, dan paling mencabar bila breakfast ada 700-800paxs tak menggeletar lutut ko nak layan guest. Sampai satu tahap kau macam tak daya nak jalan langsung! Lap pinggan yang beratus ratus, lap glass macam macam lagi.

Sport and recreation pulak, department yang palinggggggg tanak masuk sebenarnya. Hahaha sebabnya kerja kau kalau kena jaga satu tempat tu, kau kena jaga je no excuses melainkan org lain pergi rehat kau kena cover, kiranya saling tukar tukar. Dibawah sinaran cahaya matahari yang terus menerus terkam kulit kau, jaga swimming pool walaupun takde org mandi, tak boleh duduk (sbb kalau kau duduk then manager nmpk tkpun GM nampak kau boleh kena bebel) , aku pasti tiada siapa pun larat kerja mcm tu. Tapi aku gembira sebab itu pengalaman paling berharga bagi aku.

Kitchen pulak, aku takkan lupa sampai bila bila sebab aku pernah kerja lebih 12 jam sehari dan keesokkannya aku kena masuk kerja pagi. Kau rasa mcm nak quit je masatu. Masuk station yang lain lain, paling tak lupa western station sbb chef de partie dia garang nak mampus. Haha kalau kau tak alert habislah. Macam dunia tu gelap gelita bila kena marah. Kitchen juga department kegemaranku, dimana kau boleh makan minum apa sahaja. Haha bak kata exec chef aku "kamu nak makan boleh, tapi jangan makan depan saya"

Walaupun aku tak masuk department lain macam front office ke, hr ke account ke aku tetap mengenali dorang. Dorang friendly yang teramat! Aku pernah dengar sorang pekerja hotel ni cakap "kau takkan pernah jumpa hotel sebegini" sebab apa? Sebab inilah. Dorang friendly, baik. Eventho tak semua orang kita boleh percaya.

------------------------------------

Bersambung.....